Star Comics (Itali)

Star Comics ialah sebuah penerbit buku komik Itali, dimulakan pada bulan Disember 1985 yang menerbitkan manga edisi Itali serta komik-komik lain di Itali. Sehingga lahirnya Marvel Italia (sekarang pencetak Panini Comics) pada tahun 1994, Star Comics juga turut menerbitkan buku-buku komik Marvel versi Itali. Star Comics mempunyai dua puluh lapan buah cabang terbitan dan kini syarika tersebut mempunyai sejumlah 316 buah siri manga di Itali.